Saturday 25 May 2013

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA

Di sini saya menyeru diri saya sendiri serta saudara seagama saya.saudara seaqidah saya. sayangilah ibubapa kita selagi mana mereka masih di depan mata kita.ingatlah segala bentuk pengorbanan mereka tanpa sedikit pun keluhan yang terpancul di bibir mereka untuk membesarkan kita. si ayah penat mencari nafkah untuk si ibu dan anak demi memberi sesuap nasi, memberi pakai, memberi pendidikan yang cukup. si ibu pula bertarung nyawa demi melahirkan kita menahan segala sakit perit. bila malam kita di waktu kecil terjaga malam mahu kan susu tanpa keluhan terus si ayah bangkir dari membancuh susu manakala si ibu pula mendodoikan si tubuh kecil agar tenang tidak nangis dek kehausan. itulah pengorbanan mereka, belum dikira lagi tika mereka sakit terpaksa juga menjaga kita.di saya ingin berkongsi beberapa tanggungjawab si anak terhadap ibubapa mereka sama ada ibubapa mereka masih ada atau tidak. tanggungjawab itu mestilah dilaksanakan SEMASA dan SELEPAS mereka tiada. tika SEMASA mereka masih ada di depan kita berbaktilah,berbuat baiklah, gembirakanlah hati mereka,berilah mereka nafkah sedikit dari harta kita,dengarlah apa yang mereka katakan,taatlah segala perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat islam.kita bayangkan tika waktu mereka.membesarkam mita,semua wang yang mereka cari adalah semata-mata untuk kita tapi bila kita sudah bekerjaya adakah duit kita ada untuk mereka?marilah kita muhasabah diri kita tidak banyak pun tidak mengapa. sebenarnya mereka tak nak pun duit kita yang mereka mahu adalah kita hidup bahagia dan disamping itu mereka mengharapkan kita mengingati mereka serta kasih sayang dari kita.marilah kita kearah itu. Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk berbakti pada mereka. manakala untuk anak yang tiada ibubapa mereka tiada kesempatan untuk berbuat perkara di atas tapi janganlah merasa sedih Allah itu maha adil. Tetapi sebelum itu kita bayangkan saudara kita yang lahir memang sudah yatim piatu di mana mereka tidak pernah merasa erti kasih sayang. manakala anak yang kehilangan ibubapa mereka boleh lah berbakti seperti ini, sentiasa mendoakan ibubapa mereka, tunaikan nazar atau hajat yang mana tidak kesampaian, rapatkan hubungan silatirahim sesama rakan mereka tika hayat hidup, langsaikan hutang, bauarkan hutang puasa mereka, tunaikan haji untuk mereka jika mampu. tidak kira kita di mana maka ingatlah ibubapa kita. sentiasalah berdoa untuk mereka, sentiasalah berhubung dengan mereka. Nukilan ini sebenarnya untuk peringatan diri saya sendiri dan luahan isi hati saya kerana saya sayangkan ibubapa saya. "redha Allah terletak pada redha ibubapa, jika kita murka pada ibubapa maka bererti kita murka pada Allah.