Tuesday 28 June 2011

Menjauhi Riya’ Dan Mengutamakan Keikhlasan

hadis: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” 
                                                                                                                             (Riwayat Ibnu Majah)


al quran:
firman ALLAH maksdunya:
.....mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
                                                                                                               (an nisa':142)


huraian:
1. Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
2. Sebaliknya riya’ pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
3. Perbuatan riya’ (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
4. Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia. 

sbg contoh & renungan:
apabila kita bangun dari tidur utk "qiammulail" tetapi dgn niat d dlm hati kita berkata "aku bangun seorang diri dlm keadaan yg gelap gelita bg menunaikan solat 2 rakaat dengan keadaan keliling masjid atau surau kesepian ketidak hadiran org " adakah itu di kategorikan riya..?? kata2 dari ust ku, zikmal Fuad..kenapa di katakan dengan termasuk di kalangan riya'?? kerana telah terbit kata2 itu di dalam hati kita..

dakwah89:
kita sbg muslim yg di didik dr kecil mengenai ISLAM wajib menjauhi perkara2 riya agar setiap perbuatan kita mendapat balasan dari ALLAH dan tidak melakukan perkara yg sia2..

kita memang tidak di nafikan susah utk mengelakkan dari perkara ketidak keikhlasan dan riya tapi kita perlu atasi nya dengan penuh berhemah dan menanamkan sifat2 mahmudah seperti ikhlas..

contohnya: kita memang tidak dapat lari ketidak ikhlasan itu seperti kehadiran kita ke kelas pada hari ini dan dalam perjalanan ke kelas itu adakah timbul sifat riya'??..dari segi pemakaian harian kita sendiri pula adakah timbul sifat riya juga???? 

"peringatan utk diri sy dan kalian"
agar kita sentiasa di bwh RAHMAT-NYA

Sunday 26 June 2011

"Mungkir Janji"

hadis: 
dari Abdullah bin Amru bin al 'As..Rasulullah bersabda: maksudnya: ada 4 perkara, barang siapa yang terjebak di dalamnya jadilah dia seorang munafiq yg penuh (asli), dan barang siapa yg terdapat pada dirinya salah satu daripadanya, maka dia memiliki sifat munafiq sehingga dia segera meninggalkannya iaitu: jika berbicara dia berdusta,jika diamanahkan dia khianat, jika berjanji dia memungkiri janji dan jika berbantah dan bertengkar dia melampaui..                                                                                                 (riawayat imam al-Bukhari)

al Quran:
  1. firman ALLAH: maksudnya: dan tepatilah janji itu, kerana sesungguhnya janji itu akan ditanya.(al Isra': 34) 
  2. firman ALLAH: maksudnya: hai orang2 beriman! penuhilah janji2(kamu).. (al Maidah:1)
pengajaran: 
manusia yg mengingkari janji ialah manusia yg tidak brmaruah, sbb brjanji itu sama dng mmberikan hrapan kpd org yg d jnji. kalau tak d tepati janji itu, betapa pecahnya ati org yg d janjikan itu, btapa kcewa prasaannya. jika kita seorang yg susah utk menunaikan janji jgnlah brjanji! itulah sbb orang yg memungkiri janji trmasuk d dlm golongan munafiq o brsifat dgn sifat org munafiq.

sbg contoh yg seafdalnya ialah Nabi junjungan kita adalah org yg menepati janjinya jikalau baginda brjanji dan  kehidupannya sentiasa brada pd pihak yg benar.

pelaksanaan janji boleh menantijahkan THIQAH dan kepercayaan dalam sesuatu perkara..

dakwah89: "jika kita seorang yg susah utk menepati janji jgnlah kita sesekali berjanji dgn sesorang kerana ia akan mmberi harapan pd org itu dgn prjanjian itu ia akan mnjadi harapan seharapannya"..=p