Monday 3 June 2013

"DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN"

Setiap agama yang wujud di muka bumi ini sama ada agama samawi ataupun bukan samawi dituntut agar penganutnya berdoa. manakala bagi agama Islam memang amat menggalakkan umatnya agar berdoa kepada Maha pencipta. kita sebagai umat Islam hendaklah menggunakan saluran-saluran yang betul untuk menhajati sesuatu perkara yang mana telah di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita. kita perlu ingat apabila kita inginkan atau menghajati sesuatu hendaklah berdoa dan pintalah dari Allah s.w.t. bukan selain dari-Nya.! 

kita sedia maklum dan banyak kali sering melihat dan mendengar di dada akhbar serta tv di mana masyarakat awam masih percaya dengan khidmat bomoh, walhal mereka sudah maklum bahawa banyak khabar buruk apabila menggunakan khidmat bomoh ini malah ada yang tergadai maruahnya demi menurut kemahuan nafsu si bomoh itu serta ada yang telah di tipu hidup-hidup sanggup berhabisan duit demi mencapai hasrat dengan jalan pintas dan cara yang ama kotor. semua perbuatan ini adalah amat ditegah oleh Islam.

Islam telah menggariskan panduan untuk kita mencapai hajat kita, maka kita perlulah mengikut segala arahan yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam. Ada sesetengah masyarakat yang inginkan sesuatu itu dengan cepat dan tanpa memikirkan kesan buruk yang akan ditimpanya kelak. kita sebagai umat Islam hendaklah usaha dahulu terlebih dahulu selepas itu berdoa kepada Allah s.w.t. dan selebihnya berserah kepada yang Esa. jangan sesekali kita berputus asa apabila doa atau permintaankita tidak dikabulkan. teruskan doa kepada Allah s.w.t. 

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Ghafir ayat 60: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu. Lihat betapa kasihnya Allah s.w.t. terhadap hambanya yang mana menyuruh hamba-hambanya berdoa kepada-Nya apabila inginkan sesuatu dan pasti Allah s.w.t. akan kabulkan permintaan.

Di dalam berdoa ada juga etika-etikanya, bukan apa ini menunjukan kita bermohon dengan bersungguh-sungguh. Sedangkan kita hidup sesama manusia ada tatatertib inikan pula yang menciptakan kita. Antara etika berdoa kepad Allah s.w.t. adalah: 

Pertama, dimulakan dengan pujian kepada nama-nama Allah contohnya ar-Rahman, ar-Rahim. Atau dengan kata nama lain bertawassul dengan nama-nama Allah. Kemudian selawat kepada Nabi s.a.w. Kedua, berdoa dengan penuh keyakinan, bersungguh-sungguh dan tidak leka. Ketiga, amalkan doa-doa pilihan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Keempat, fahamilah apa yang kita pinta dari Allah s.w.t. dan janganlah cuma hafal sahaja tetapi cubalah faham maknanya serba sedikit. akhirnya, kita janganlah tergesa-gesa di dalam berdoa kerana Allah s.w.t. maha mengetahui apa yang hamba-Nya inginkan, maka kita pintalah dengan bersungguh-sungguh.

Allah s.w.t. berfirman lagi di dalam surah Yunus ayat 106 : Allah s.w.t. memberi amaran kepada hamba-Nya agar tidak terjerumus dalam kancah syirik dalam doa, firman-Nya, “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah (atau memohon) yang lain daripada Allah s.w.t, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).”

Bersangka baik kepada Allah s.w.t. itulah yang utama, Allah s.w.t. berkuasa mutlak memakbulkan doa dan Dia telah menetapkan beberapa syarat, namun Dia juga tidak memungkiri janji setiap doa akan dikabulkan selagi mana menepati syarat-syaratnya.

BARAKAALLAH.=P 

Mari kita sama-sama ke arah yang lebih baik.

by: ibnu suludin.