Tuesday 31 May 2011

Membersihkan Tauhid Dari Sebarang Syirik

Hadith :
Rasullah s.a.w bersabda: " Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka."

Abdullah bin Mas'ud r.a

Huraian:
Rasullah s.a.w bersabda: " Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka."

Renungan: 
yg prtama kita perlu tahu apa yg di maksudkan dengan syirik n apa yg di katakan mensyirik kan Allah..adakah kita selalu melakukan perkara2 yg mensyirikkan Allah? adakah kita sedar keadaan ini..dalam ketidak perasaan kita kadang2 kita akan melakukan perkara tersebut..


Definisi: Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)


Jenis2 syirik: syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).


syirik jali: Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.


syirik khafi: ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.


Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)


kita pastikan adakah kita berada dalam kategori2 syirik seperti di atas..kita haruslah berwasapada apa yg kita lakukan.katakan dan yg penting kita wajib yg berhak atau kita mestilah kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan pun sekali pun..Allah lah tempat segala2 nye kita perlu kembali..insyaallah..


Sunday 29 May 2011

Memberi Salam Amat Digalakkan Dalam Islam

Hadith :
“Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian.
 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian: 1. Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang diberi salam.
2. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.
3. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.

Renungan: 
sejauh manakah kita menerapkan nilai2 murni atau ciri2 keislaman dalam kehidupan kita? seperti hadis di atas Rasulullah menunjukkan teladan atau contoh yg terbaik pada kita semua..sebagai renungan untuk kita contohnya kita sebagai pelajar atau mahasiswa/i adakah yg muda akan menberi salam terdahulu? fenomena skarang di alam intitusi2 pelajar senior memberi peringatan pada pelajar junior agar memberi salam pada abg2 o akak2 senior..adakah itu yg d ajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad kita? selain itu d pejabat pula adakah staff2 yg d bawah perlu trlebih awal mmberi salam? alangkah indahnya dan baiknya jikalau boss kita yg mmberi salam pada kita dahulu..bila pandang dr sudut logik n psykologi nya jika boss mereka berbuat demikian mereka akan terasa bangga dan merasakan yg boss mereka itu mengambil berat tntang staff2 nya srta mereka akan berasa senang terhadap boss nya..so, kita perlu la mengambil teladan dari isi pati dari hadis d atas utk pendoman hidup kita..insyaAllah..

Saturday 28 May 2011

Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
 
Riwayat Bukhari dan Muslim

Renungan: adakah selama ini kita mensyukuri nikmat yg telah Allah berikan pada kita? adakah kita memanfaatkan segala nikmat yg Allah telah cucuri ke atas kita? ingatlah bahawasanya, sebagai hamba yg kerdil ini adakah kita mensyukuri nikmat yg tlh di berikan pada kita sejak dr dulu? kita tidak perlu melihat terlalu jauh..tapi adakah kita mensyukuri stlh bangkit dr tidur, dapat kembali menghirup udara yg segar, dapat melihat keindahan alam ini..insyaAllah semoga kita sentiasa kembali jalan yg di redhai-Nya..

Keistimewaan Memeluk Islam !

HADIS: Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
 
(al-Bukahri) 

HURAIAN: 
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas. 

RENUNGAN: jika kita sebagai da'i yg berjaya menarik non-muslim kepada agama islam adakah itu sudah memadai ataupun sudah di kira hebat? adakah mereka cukup bimbingan dr kita? adakah mereka cukup pemahaman tentang islam stlah memeluk agama islam?adakah mereka betul2 mengikut garis panduan islam? kita sbgai org islam wajiblah membimbing mereka sehingga mereka benar2 mengetahui segenap ilmu tentang islam janganlah kita biarkan mereka terkapai2 keseorangan untuk mencari kebenaran..insyaAllah..