Monday 19 May 2014

JANGAN PUTUS ASA TERHADAP ALLAH S.W.T.



JANGAN PUTUS ASA TERHADAP ALLAH S.W.T.

Setiap org pernah merasai dan lalui saat kekecewaan mereka..tidak kira yg kaya,miskin,kecil mahupun besar. Secara jujurnya sy pon pernah merasai kekecewaan dan hampir putus asa..tetapi alhamdulillah ALLAH masih lg memberi sy kesederan serta harapan..barangkali kita di uji dengan hilangnya orang yg kita paling sayangi sama ada ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali. Mungkin juga kita di uji dengan menimpa musibah atau kecelakaan. tapi yang penting segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.. Kerap manapun kita di uji oleh ALLAH s.w.t. maka hendaklah kita bersangka baik terhadap-Nya.. Kembalilah kepada Nya kerana Dialah yang Memberi kita senang dan susah.

Tetapi ALLAH telah berfirman:

dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
(Potongan surah Yusuf:87)

Apa segala yg berlaku adalah percaturan dari ALLAH..maka dialah sebaik2 percaturan..kita janganlah sesekali bersangka buruk kepada ALLAH apabila kita inginkan dan mahukan tidak ditunaikan..contohnya kite kerap kali berdoa kepada ILAHI tetapi masih tidak lagi dikurniakan permintaan kita.. kita perlu ingat bahawasanya ape yg ditetapkan oleh ALLAH itu adalah yg TERBAIK utk KITA masa ini..

Maka teruskanlah BERDOA pada ALLAH..JANGAN KITA BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH..


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Potongan ayat surah al-Baqarah:214)

ALLAH sentiasa menguji hamba2 nya dimana mahu melihat IMAN hamba2 nye..kite sering diuji dgn pelbagai cara..bersabar lahh..

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Ayat al-Baqarah:155)


P/s: bila kita ditimpa musibah,masalah dan dugaan..maka bersabarlah dan sentiasa bersenyum OKEY!!.

from: IBNU SULUDIN

Sunday 4 May 2014

Assalamualaikum..

Agak lama tak berblogger..maklum lah bukan kaki blogger..cuma hobi yg tak berapa nak menjadi aje dgn blog ni.hehe in shaa allah lepas ni akn cuba utk mnghidupkan kembali nukilan2 ini tentang info islam..

Sekarang pun dah masuk bulan rejab..tidak lame lagi sya'ban dan bulan yg dinantikan barangkali adalah bulan ramadhan..

Doa apabila kunjung nya bulan Rejab...
”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.