JANGAN PUTUS ASA TERHADAP ALLAH
S.W.T.
Setiap org pernah merasai dan
lalui saat kekecewaan mereka..tidak kira yg kaya,miskin,kecil mahupun besar.
Secara jujurnya sy pon pernah merasai kekecewaan dan hampir putus asa..tetapi
alhamdulillah ALLAH masih lg memberi sy kesederan serta harapan..barangkali kita di uji dengan hilangnya orang yg kita paling sayangi sama ada ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali. Mungkin juga kita di uji dengan menimpa musibah atau kecelakaan. tapi yang penting segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.. Kerap manapun kita di uji oleh ALLAH s.w.t. maka hendaklah kita bersangka baik terhadap-Nya.. Kembalilah kepada Nya kerana Dialah yang Memberi kita senang dan susah.
Tetapi ALLAH telah berfirman:
dan janganlah kamu berputus
asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari
rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
(Potongan surah Yusuf:87)
Apa segala yg berlaku adalah
percaturan dari ALLAH..maka dialah sebaik2 percaturan..kita janganlah sesekali
bersangka buruk kepada ALLAH apabila kita inginkan dan mahukan tidak
ditunaikan..contohnya kite kerap kali berdoa kepada ILAHI tetapi masih tidak
lagi dikurniakan permintaan kita.. kita perlu ingat bahawasanya ape yg
ditetapkan oleh ALLAH itu adalah yg TERBAIK utk KITA masa ini..
Maka teruskanlah BERDOA pada
ALLAH..JANGAN KITA BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH..
Adakah patut kamu menyangka
bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan
cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada
kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan
penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah
Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya)
pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Potongan ayat surah
al-Baqarah:214)
ALLAH sentiasa menguji hamba2
nya dimana mahu melihat IMAN hamba2 nye..kite sering diuji dgn pelbagai
cara..bersabar lahh..
Demi sesungguhnya! Kami akan
menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai)
kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta
hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Ayat al-Baqarah:155)
P/s: bila kita ditimpa
musibah,masalah dan dugaan..maka bersabarlah dan sentiasa bersenyum OKEY!!.
from: IBNU SULUDIN
No comments:
Post a Comment