Monday 29 October 2012

"Benarkah kita sayang ibu bapa kita?"


Apabila kita di tanya adakah kita menyanyangi kedua ibu bapa kita.kita pastinya akan menjawab ia, kita sayang mereka.kita akan berkata begitu tanpa ragu-ragu.
Tetapi, secara kita tidak sedar kita telah jauh daripada mereka.harta kita tidak di kongsi bersama mereka.kononnya mahukan privasi, kita tinggalkan mereka. Sebenarnya ungkapan sayang yang kita lafazkan itu hanya sekadar mainan mulut. Iyalah siapa yang tidak sayangkan ibu bapa sendiri. Itulah kebiasaan yang kite dengar.
Jadi sedalam manakah kita mencintai kedua ibu bapa kita? Jika kita renungkan kembali adakah ibu bapa kita kita ini termasuk dalam cita2 kita? Namun, jika kita perhatikan dan dengar ramai yang ingin menjadi doktor, penguam, pilot, usahawan berjaya. Tetapi adakah kita meletakkan ibu bapa kita di dalam "pelan cita2" kita? Pernah tak kita terfikir bagaimana saat mereka tua nanti. Mampukah ibu bapa kita melakukan kerja2 harian seperti saat mereka muda dahulu?
Kita tanamkan di dalam diri kita atau sematkan cita2 kita bahawa kita mahu kesenangan ibu bapa kita di hari kelak nanti.
Tetapi hanya setakat itu yang selalunya kita sebut bukan? Jika hanya kalau sebut sahaja tidak memberi makna apa2. Tiada perancangan yang teratur untuk membahagiakan mereka.
Nanti apabila sampai saat kita perlu memberikan perhatian kepada mereka pada hari tua mereka, kita akan terkejut dengan kesukaran yang perlu dihadapi, lantas meninggalkan mereka. Lebih2 lagi jika ibu bapa mereka yang menghadapi penyakit kronik seperti diabetis,  nyanyuk dan sebagainya.
Sebab itu saya mengajak diri kalian dan diri saya juga agar memberi perhatian kepada ibu bapa kita. Srlqgi mereka masih wujud di depan mata kita, selagi mereka boleh kiya hubungi walau kejauhan di mana2. Sebelum Allah tarik nyawa mereka dan menutup peluang untuk kita berbakti kepada mereka.
Ada seorang sahabat  nabi yang sanggup mendukung ibunya untuk menunaikan ibadah haji. Mendukung ibunya melakukan tawaaf, sai'e. Dan sahabat tersebut berjumpa dengan nabi lalu bertanya."adakah jasaku telah terbalas untuk ibuku? Jawab nabi "belum lagi.malah dengan setitik susu pun tidah terbalas". Lihatlah betapa besarnya pengorbanan yang ibu kita telah lakukan untuk kita ketika kecil begitu juga dengan ayah kita.
Ada satu kisah, berkenaan dengan  seorang lelaki yang membawa ibunya, anak dan isterinya menaiki bot. Kemudian bot itu karam,  dan sumua mereka kelemasan. Lelaki itu pandai berenang , terus memilih menyelamatkan ibunya tanpa berfikir panjang.isteri dan anaknya mayi lemas. Apabila orang tahu tentang kisah ini dan orang ramai bertanya, kenapa bertindak demikian?
Dia berkata, "isteri dan anak, insyaAllah aku akan dapat cari ganti. Tetapi ibuku, aku hanya ada satu ibu sahaja dan itu tidak boleh di cari ganti.
Jadi sekarang, apakah cita2 kita untuk kedua ibu bapa kita yang tidak boleh di cari ganti. Bertindaklah, bahagiakan mereka selagi mereka masih wujud di dunia.
P/s: nukilan ini tidak ada kene mengena dengan siapa2 sama ada sudah kahwin ataupun belum. Cuma sekadar perkongsian dan peringatan pada diri saya serta saudara2 islam saya di luar sana

.(ibnu suludin)
Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment: