Wednesday 31 October 2012

perbezaan cara solat perempuan dengan solat lelaki

Ada 5 perkara yg perlu di titik beratkan. Sunat bagi perempuan yg bersolat melakukan cara yg berbeza daripada lelaki.
1 merapatkan anggotanya antara satu dengan rusuknya dan melengkapkan perut ke pehanya. Berlainan dengan lelaki ia sunat merenggangkan kedua belah sikunya daripada rusuk mereka sera menjarakkan peha dari perutnya.
Berdasarkan hadis: yg bermaksud: nabi saw berjalan berhampiran dua orang perempuan yang bersolat, lalu baginda bersabda, "apabila sujud rapatkanlah sebahagian badan kamu ke lantai kerana orang perempuan tidak sama cara sujudnya sebagaimana orang lelaki" (riwayat al-baihaqi: 2/232)
2) memperlahankan suara walaupun ketika solat di tempat yang nyaring (jahar) sekiranya bersolat di tempat yang ada lelaki bukan mahram kerana dikhuatiri fitnah.
Allah berfirman; maksudnya: oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu).(surah al-ahzab:32)
Tegahan dalam ayat di atas menunjukkan bahawa suara perempuan boleh menimbulkan fitnah.oleh itu mereka dituntut memperlahankan suara ketika bersama-sama lelaki yang bukan mahram. Keadaan ini betbeza dengan orang lelaki yang sunat menyaringkan suara pada solat-solat yang nyaring.
3) orang perempuan yang ingin mengingatkan orang yang lain untuk sebarang tujuan tentang sesuatu yg berlaku ketika bersolat hendaklah bertepuk tangan dengan cara menepukkan tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kirinya. Sementara orang lelaki pula hanya bertasbih dengan suara yang kuatbtetapi bukan dengan tujuan memberi ingatan.
Berdasarkan hadis: bermaksud: daripada sahal bin sa'ad, rasulullah bersabda "sesiapa meragui sesuatu ketika bersolat hendaklah bertasbih. Apabila bertasbih dia akan diberi perhatian sementara bertepuk tangan hanya untuk wanita". (riwayat al- bukhari :652 dan muslim: 421).
4)sebagaimana dinyatakan 'aurat perempuan adalah seluruh anggotanya kecuali muka dan dua tapak tangan.
Allah berfirman: bermaksud: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..(surah al-nur:31)
5) azan tidak sunat bagi wanita namun sunat baginya iqamah sahaja. Walau bagaimanapun tidak makruh jika wanita azan dengan suara yang perlahan malah ia dianggap sebagai zikir yg berpahala. Tetapi jika azan dengan suara yg kuat hukumnya makruh malah haram pula jika dikhuatiri fitnah. Keadaan ini juga berbeza dengan orang lelaki.sebagaimana diketahui azan adalah sunat bagi mereka pada setiap solat fardu yang akan didirikan.
Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan amal ibadah kita dari hari ke hari serta mendapat kerahmatan dari Allah. 

(ibnu suludin)
Published with Blogger-droid v2.0.8

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. baru perasan nie blog ibnu suludin.... hehe... nway, truskan dgn ilmu2 yang bermanfaat...

    i dah tukar link blog. follow balik k. tq

    ReplyDelete
  3. salam.ala sy newbies aje xcm nailah yang hebat dgn nukilan2 nye,hehe cer nailah bg link tu.

    ReplyDelete