Tuesday 31 May 2011

Membersihkan Tauhid Dari Sebarang Syirik

Hadith :
Rasullah s.a.w bersabda: " Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka."

Abdullah bin Mas'ud r.a

Huraian:
Rasullah s.a.w bersabda: " Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka."

Renungan: 
yg prtama kita perlu tahu apa yg di maksudkan dengan syirik n apa yg di katakan mensyirik kan Allah..adakah kita selalu melakukan perkara2 yg mensyirikkan Allah? adakah kita sedar keadaan ini..dalam ketidak perasaan kita kadang2 kita akan melakukan perkara tersebut..


Definisi: Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)


Jenis2 syirik: syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).


syirik jali: Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.


syirik khafi: ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.


Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)


kita pastikan adakah kita berada dalam kategori2 syirik seperti di atas..kita haruslah berwasapada apa yg kita lakukan.katakan dan yg penting kita wajib yg berhak atau kita mestilah kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan pun sekali pun..Allah lah tempat segala2 nye kita perlu kembali..insyaallah..


No comments:

Post a Comment